Isnin, 21 Jun 2010

muffin coklat

bahan:
1 cawan tepung pelbagai guna + 5 sudu lagi
4 sudu serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 cawan gula
2/3 cawan butter yang telah dicairkan
2/3 cawan susu segar
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
120g coklat cip

cara penyediaan:
1. Campurkan tepung, koko, dan baking powder.
2. Seterusnya, masukkan gula. Gaul sebati.
3. Masukkan pula butter, susu, telur dan esen vanila. Kacau sebati.
4. Masukkan adunan sehingga 3/4 mangkuk kertas dan bakar pada suhu 180 darjah celcius.

* coklat cip boleh ditaburkan di atasnya ataupun dicampur ke dalam adunan..

SELAMAT MENCUBA..!!!

Sabtu, 19 Jun 2010

puding jagung


ini juga kesukaan buah hati saya..kuih yang sangat mudah dibuat..

bahan :
1 cawan tepung kastard
1 tin jagung dalam tin
1 cawan susu cair
1 cawan gula
4 cawan air

cara penyediaan :
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati.
2. Apabila telah sebati, hidupkan api dan kacau. Jangan biarkan adunan berketul.
3. Setelah adunan agak pekat. Masukkan adunan ke dalam bekas dan biarkan sehingga sejuk.

SELAMAT MENCUBA..!!!

kek coklat lembap


Ini kek coklat lembap yang sangat disukai oleh buah hati saya..tetapi yang ini istimewa sikit sebab ada toping atas kek tu..sempena hari lahir dia tahun lepas..;)


bahan :
190g mentega/butter
300g gula halus
4 biji telur
1/2 sudu besar vanila
210g tepung
50g koko
1/4 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar serbuk penaik
250g air

cara penyediaan :
1. Pukul mentega dan gula halus hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan vanila. pukul lagi.
3. Masukkan tepung, koko, soda bikarbonat dan serbuk penaik yang telah diayak ke dalam adunan.
4. Masukkan pula air berselang-seli dengan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius.

SELAMAT MENCUBA..!!!

Selasa, 15 Jun 2010

muffin strawberry

bahan:
240g tepung naik sendiri
120g mentega tanpa garam
150g gula
2biji telur
120ml susu segar
1 sudu besar esen vanila
2 sudu besar serbuk penaik
60g badam kisar
40g jem strawberi

cara penyediaan:
1. Kacau mentega, gula, telur, susu segar dan esen vanila menggunakan senduk kayu perlahan-lahan sehingga sebati.
2. Masukkan tepung dan serbuk badam. Kacau sebati.
3. Masukkan pula jem strawberi.
4. Letakkan sedikit adunan di dalam mangkuk kertas. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama25 minit hingga 28 minit.

SELAMAT MENCUBA..!!!

muffin prun aising

bahan :
300g tepung gandum
2 sudu besar serbuk penaik
105g gula kastor
50g buah prun tanpa biji & dicincang
15g kismis
2 biji telur
105g mentega cair
210ml susu UHT
3/4 sudu besar esen vanila

bahan aising prun:
250g mentega
1/2 cawan susu segar
1 cawan gula aising
1/4 cawan prun kisar

cara penyediaan muffin:
1. satukan mentega, telur, gula, susu dan esen vanila. Putar sehingga gebu.
2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Putar sehingga adunan sebati. Masukkan pula kismis dan prun. Gaulkan sebati menggunakan senduk kayu.
3. tuangkan adunan ke dalam mangkuk kertas. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit.

cara penyediaan aising:
Putar mentega dan gula sehingga lembut. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit. Selepas itu, masukkan prun kisar.

SELAMAT MENCUBA..!!!

Jumaat, 11 Jun 2010

ikan sumbat


ini lauk kesukaan saya..kalau makan nasi dengan lauk ini..wajib tambah nasi..

bahan:
1 ekor ikan cencaru
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
air asam jawa
garam
gula

cara penyediaan:
1. bahagian belakang ikan dibelah.
2. tumbuk cili, bawang merah, garam & gula sehingga lumat.
3. campurkan bahan yang telah lumat ditumbuk dengan air asam jawa. Gaul sehingga sebati.
4. campurkan dengan bawang besar yg telah dimayang.
5. sumbatkan campuran ke bahagian yang telah dibelah.
6. panaskan minyak dan goreng ikan pada api yg sederhana sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA..!!!

kek lobak & muffin lobak


bahan:
3 cawan tepung gandum
4biji telur
1 1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan lobak yang telah diparut
1 cawan nenas tin
1 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
kekacang

cara penyediaan:
1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
2. masukkan adunan ke dalam loyang pembakar.
3. bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam.


**adunan ini juga boleh digunakan untuk membuat muffin lobak..


# muffin lobak lebih mudah masak berbanding dengan kek lobak..

SELAMAT MENCUBA..!!!



donut

bahan ( 18 biji - saiz besar)
3 1/2 sudu kecil yis segera
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar (saya guna tepung susu sahaja)
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum

cara penyediaan:
1. masukkan air suam & yis ke dalam mangkuk besar. Biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
2. masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter & 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lebihan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia menjadi licin & tidak melekat pada tangan.
3. tutup mangkuk dengan kain lembap & biarkan pada suhu bilik sehingga doh naik 2 kali ganda.
4. taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong donut dengan menggunakan donut cutter.
5. tutup donut dengan kain kering & rehatkan selama 30 minit atau sehingga naik 2 kali ganda.
6. panaskan minyak dan boleh menggoreng donut dengan api yang kecil sehingga perang keemasan.

**boleh gunakan coklat masakan yang telah dicairkan untuk menghiasi donut.

SELAMAT MENCUBA..!!!

muffin vanila

bahan A:
100g mentega
220g gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
bahan B:
150g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
125ml susu segar
bahan C:
mangkuk muffin
cara menyediakan:
1. Putarkan bahan A kecuali telur hingga kembang & berkrim.
2. Masukkan telur satu persatu & putar sebati.
3. Masukkan pula bahan B berselang-seli dengan susu segar. Gaul rata & sebatikan adunan.
4. Sudukan adunan ke paras 3/4 mangkuk muffin.
5. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit.
**Kurangkan kuantiti gula jika mahukan muffin yang tidak terlalu manis.
SELAMAT MENCUBA..!!!