Rabu, 14 Julai 2010

solok lada


Bahan-bahan :
cili
1 ekor ikan kembung mentah
2 ekor ikan kembung yang telah direbus
1 cawan kelapa parut
1 cawan kelapa parut yang telah digoreng
6 ulas bawang merah
1cm halia
2 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
2 1/2 cawan santan pekat
gula
garam

Cara penyediaan :
1. Isi ikan diasingkan dari tulang dan ditumbuk. Letakkan di dalam mangkuk.
2. Seterusnya, tumbukkan kelapa parut. Letakkan di dalam mangkuk yang berasingan.
3. Tumbukkan pula kelapa parut yang telah digoreng. Masukkan ke dalam mangkuk yang berasingan.
4. Kemudian, tumbukkan halia, bawang merah dan bawang putih.
5. Campurkan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama sedikit gula, garam dan juga 1/2 cawan santan. Perahkan limau. Gaul sebati.
6. Sumbatkan bahan-bahan tadi ke dalam lada.
7. Rebus lada dengan 2 cawan santan.

SELAMAT MENCUBA..!!!

Tiada ulasan: