Rabu, 10 Ogos 2011

kuih siput

Bahan-bahan:
  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50gm margerine
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 s.kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa (optional)
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili
  • Daung bawang /daun sup (dihiris )
  • Santan secukupnya untuk menguli
Cara penyediaan:
  1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
  2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.
  3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
  4. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.
Selamat mencuba...!!!

Isnin, 8 Ogos 2011

tiram mini

Assalamualaikum..

sedang BW tengok2 resepi..*maklum la nak raya tak lama lagi*..sampai la kat blog ni..terjumpa la resepi ni..teruja lak nak buat..lagipun bahan2 yg digunakan memang senang nak dapat..kebetulan kat umah memang tengah ada stok..

so jom kite tengok..

Bahan (lebih kurang 400g):
30 keping kulit popia
sedikit tepung gandum
gula castor
air
minyak

Cara penyediaan:
1. kopekkan kulit popia satu persatu & bentangkan.
2. bancuhkan tepung gandum bersama air. jangan terlalu cair. tepung digunakan sebagai gam.
3. gulung kulit popia tersebut dan gamkan dengan bancuhan tepung gandum tadi dihujung gulungan.
4. simpan didalam bekas yg ditutup dengan tuala lembap (utk mengelakkan kulit popia tu kering).
5. gunting serong kulit popia yg telah digulung tadi. jangan terlalu tebal/nipis.
6. panaskan minya. gorengkan kulit popia yg telah dipotong tadi sehingga kekuningan.
7. sejukkan dan taburkan gula diatasnya.

Selamat mencuba...!!!

Khamis, 4 Ogos 2011

kuih buah rotan

Bahan:
1. Tepung pulut (1 1/2 cawan)
2. Santan (1 cawan)
3. Bijan (1/2 cawan)
4. Gula (1/2 cawan)
5. Garam (1/2 sudu teh)

Cara penyediaan:
1. Campur santan, gula dan garam. Masak dengan api kecil. Kacau supaya santan tak berketul. Masak hingga gula hancur. Kemudian tutup api dan biar sejuk.
2. Bila santan benar-benar sejuk, curah sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
3. Gaul rata hingga menjadi doh.
4. Ambil adunan doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
5. Salut rata bebola bersama bijan.
6. Goreng hingga garing dan bewarna coklat. Ia akan terapung di permukaaan minyak bila masak.
Selamat mencuba...!!!

kuih sagu mata ikan

Assalamulaikum..

hari ni nak kongsi resepi kuih sagu mata ikan ni..semalam baru buat tuk juadah berbuka puasa..

Bahan-bahan:
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
sedikit sirap pekat
sedikit kelapa putih + garam

Cara penyediaan:
1. Didihkan air bersama sirap pekat sehingga sebati.
2. Setelah air dah mendidih, masukkan sagu & kacau rata selama 10 minit.
3. Bila dah nampak pekat, masukkan gula. Kacau sehingga pekat.
4. Masukkan ke dalam bekas/loyang.
5. Kukus sehingga sagu kembang & tiada putih-putih.
6. Potong setelah kuih sejuk & gaulkan dengan kelapa. Siap utk di makan.

Selamat mencuba...!!!