Khamis, 4 Ogos 2011

kuih sagu mata ikan

Assalamulaikum..

hari ni nak kongsi resepi kuih sagu mata ikan ni..semalam baru buat tuk juadah berbuka puasa..

Bahan-bahan:
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
sedikit sirap pekat
sedikit kelapa putih + garam

Cara penyediaan:
1. Didihkan air bersama sirap pekat sehingga sebati.
2. Setelah air dah mendidih, masukkan sagu & kacau rata selama 10 minit.
3. Bila dah nampak pekat, masukkan gula. Kacau sehingga pekat.
4. Masukkan ke dalam bekas/loyang.
5. Kukus sehingga sagu kembang & tiada putih-putih.
6. Potong setelah kuih sejuk & gaulkan dengan kelapa. Siap utk di makan.

Selamat mencuba...!!!

Tiada ulasan: