Rabu, 10 Ogos 2011

kuih siput

Bahan-bahan:
  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50gm margerine
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 s.kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa (optional)
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili
  • Daung bawang /daun sup (dihiris )
  • Santan secukupnya untuk menguli
Cara penyediaan:
  1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
  2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.
  3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
  4. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.
Selamat mencuba...!!!

Tiada ulasan: