Rabu, 21 Julai 2010

puding roti

Bahan :
3biji telur
200g gula caster
1L susu segar
1sudu teh serbuk kayu manis
1sudu teh esen vanila
12keping roti
150g butter (dicairkan)
kismis hitam

Cara penyediaan :
1. Kisar bahan kecuali roti dan kismis hitam.
2. Susun roti di dalam loyang. Lapiskan dengan kismis hitam.
3. Tuangkan bahan yang telah dikisar dan biarkan sehingga roti kembang.
4. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.

SELAMAT MENCUBA..!!!

Rabu, 14 Julai 2010

solok lada


Bahan-bahan :
cili
1 ekor ikan kembung mentah
2 ekor ikan kembung yang telah direbus
1 cawan kelapa parut
1 cawan kelapa parut yang telah digoreng
6 ulas bawang merah
1cm halia
2 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
2 1/2 cawan santan pekat
gula
garam

Cara penyediaan :
1. Isi ikan diasingkan dari tulang dan ditumbuk. Letakkan di dalam mangkuk.
2. Seterusnya, tumbukkan kelapa parut. Letakkan di dalam mangkuk yang berasingan.
3. Tumbukkan pula kelapa parut yang telah digoreng. Masukkan ke dalam mangkuk yang berasingan.
4. Kemudian, tumbukkan halia, bawang merah dan bawang putih.
5. Campurkan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama sedikit gula, garam dan juga 1/2 cawan santan. Perahkan limau. Gaul sebati.
6. Sumbatkan bahan-bahan tadi ke dalam lada.
7. Rebus lada dengan 2 cawan santan.

SELAMAT MENCUBA..!!!

Isnin, 12 Julai 2010

bubur jagung


Bahan :
4 tongkol jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan
garam
air
Cara penyediaan :
1. Jagung diparut.
2. Masukkan santan cair, gula, pandan, garam dan air ke dalam periuk.
3. Kacau sehingga sebati di atas api yang sederhana.
4. Masukkan jagung dan masak hingga mendidih.
SELAMAT MENCUBA..!!!