Jumaat, 11 Jun 2010

donut

bahan ( 18 biji - saiz besar)
3 1/2 sudu kecil yis segera
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar (saya guna tepung susu sahaja)
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum

cara penyediaan:
1. masukkan air suam & yis ke dalam mangkuk besar. Biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
2. masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter & 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lebihan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia menjadi licin & tidak melekat pada tangan.
3. tutup mangkuk dengan kain lembap & biarkan pada suhu bilik sehingga doh naik 2 kali ganda.
4. taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong donut dengan menggunakan donut cutter.
5. tutup donut dengan kain kering & rehatkan selama 30 minit atau sehingga naik 2 kali ganda.
6. panaskan minyak dan boleh menggoreng donut dengan api yang kecil sehingga perang keemasan.

**boleh gunakan coklat masakan yang telah dicairkan untuk menghiasi donut.

SELAMAT MENCUBA..!!!

Tiada ulasan: