Sabtu, 19 Jun 2010

kek coklat lembap


Ini kek coklat lembap yang sangat disukai oleh buah hati saya..tetapi yang ini istimewa sikit sebab ada toping atas kek tu..sempena hari lahir dia tahun lepas..;)


bahan :
190g mentega/butter
300g gula halus
4 biji telur
1/2 sudu besar vanila
210g tepung
50g koko
1/4 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar serbuk penaik
250g air

cara penyediaan :
1. Pukul mentega dan gula halus hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan vanila. pukul lagi.
3. Masukkan tepung, koko, soda bikarbonat dan serbuk penaik yang telah diayak ke dalam adunan.
4. Masukkan pula air berselang-seli dengan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius.

SELAMAT MENCUBA..!!!

Tiada ulasan: