Selasa, 15 Jun 2010

muffin prun aising

bahan :
300g tepung gandum
2 sudu besar serbuk penaik
105g gula kastor
50g buah prun tanpa biji & dicincang
15g kismis
2 biji telur
105g mentega cair
210ml susu UHT
3/4 sudu besar esen vanila

bahan aising prun:
250g mentega
1/2 cawan susu segar
1 cawan gula aising
1/4 cawan prun kisar

cara penyediaan muffin:
1. satukan mentega, telur, gula, susu dan esen vanila. Putar sehingga gebu.
2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Putar sehingga adunan sebati. Masukkan pula kismis dan prun. Gaulkan sebati menggunakan senduk kayu.
3. tuangkan adunan ke dalam mangkuk kertas. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit.

cara penyediaan aising:
Putar mentega dan gula sehingga lembut. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit. Selepas itu, masukkan prun kisar.

SELAMAT MENCUBA..!!!

Tiada ulasan: