Selasa, 19 Julai 2011

Apam Polkadot

Bahan:
260g tepung gandum
3sudu baking powder
200g gula castor
1st ovellete
3biji telur
150ml susu cair/susu segar
1st esen vanila
pewarna
filling(tak kesah nak letak ape)

Cara penyediaan:
1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2. Pukul telur, gula, esen vanila dan ovellete hingga kembang (warna putih).
3. Kemudian masukkan tepung diselang selikan dengan susu hingga habis.
4. Bahagikan kepada beberapa warna (jika suka).
5. Masukkan filling ke dalam cup (ikut suka nak banyak mana).
6. Masukkan adunan sehingga 3/4 papercup.
7. Untuk mendapatkan kesan dot2. Masukkan adunan yang berwarna ke dalam piping bag. Buat dot2 atas adunan dalam papercup tadi. Pastikan dot2 tidak terlalu kecil/besar.
8. Sementara menyiapkan dot tu. Panaskan pengukus.
9. Kukus selama 15 minit dengan api yang sederhana.


Selamat mencuba...!!!

Tiada ulasan: