Isnin, 25 Julai 2011

resepi mee jawa

Bahan:
500gm mee kuning dicelur atau spaghetti di rebus
250gm tauge
2 tangkai daun bawang (dihiris)
3 biji cili merah (dihiris)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
Bahan Mesin:

6 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 batang serai
sedikit halia
sedikit lengkuas
100 gm udang kering
1 s/b cili kisar
400gm keledek (direbus & dikisar)
1 s/b serbuk kari daging
300 gm udang - direbus, dibuang kulit dan dikisar
1500ml - 2000ml air
2 s/b tepung jagung dilarutkan dgn air
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Cara:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing dan wangi.
2. Masukkan air sambil dikacau sekali sekala sampai mendidih.
3. Masukkan pula keledek, udang kisar dan campuran tepung jagung.
4. Reneh sampai pekat. Kemudian masukkan garam dan gula.
5. Hidangkan dgn bahan sampingan dan tuangkan kuah dan sajikan panas-panas.



resepi macaroon

Bahan-bahan:
110gm gula aising
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor
secubit cream of tartar

filling :
120gm cream cheese
1 camb jus lemon
2 camb gula aising
1 camb whipping cream
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon

cara:
  • ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko
  • ketepikan
  • pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati
  • masukkan adunan ke dalam piping bag
  • dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm
  • lakukan sehingga habis
  • setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin
  • ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
  • kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras
  • biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling
  • untuk membuat filling: ayakkan dulu gula aising
  • kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati
  • simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan

serunding daging

Bahan-bahan:
500g daging (direbus & disiat halus)
100g serbuk kari
50g jintan manis
50g jintan putih
50g serbuk ketumbar
100g cili kering yang telah dikisar
200ml santan
250ml minyak masak
garam
gula

Bahan kisar:
3cm lengkuas
3cm halia
100g bawang merah
60g bawang putih
5 batang serai
60g kunyit hidup

Cara penyediaan:
1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga kering.
2. Kemudian masukkan cili kering, serbuk kari, jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
3. Setelah garing, masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan daging yang telah disiat-siat tadi bersama dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masak sehingga kering menggunakan ape yang perlahan dan sedia dihidang.

Selamat mencuba...!!!

blueberry cheese tart

Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
250gm butter
80gm icing sugar
2 biji telur
440gm tepung gandum
1 teaspn esen vanila

Cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Filling

250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg

Blueberry filling

6. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg.
7. Pipekan cheese dlm pastry dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut suka.
8. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat.

Selasa, 19 Julai 2011

Apam Polkadot

Bahan:
260g tepung gandum
3sudu baking powder
200g gula castor
1st ovellete
3biji telur
150ml susu cair/susu segar
1st esen vanila
pewarna
filling(tak kesah nak letak ape)

Cara penyediaan:
1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2. Pukul telur, gula, esen vanila dan ovellete hingga kembang (warna putih).
3. Kemudian masukkan tepung diselang selikan dengan susu hingga habis.
4. Bahagikan kepada beberapa warna (jika suka).
5. Masukkan filling ke dalam cup (ikut suka nak banyak mana).
6. Masukkan adunan sehingga 3/4 papercup.
7. Untuk mendapatkan kesan dot2. Masukkan adunan yang berwarna ke dalam piping bag. Buat dot2 atas adunan dalam papercup tadi. Pastikan dot2 tidak terlalu kecil/besar.
8. Sementara menyiapkan dot tu. Panaskan pengukus.
9. Kukus selama 15 minit dengan api yang sederhana.


Selamat mencuba...!!!

Isnin, 18 Julai 2011

daging lada hitam


Bahan:

500g daging

2 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

sos lada hitam

2 sudu lada hitam (ditumbuk)

gula

garam


Cara penyediaan:

1. Daging dihiris nipis & digoreng separuh masak.

2. 1labu bawang besar di mayang & digoreng sehingga layu.

3. Tumbukkan 1labu bawang besar dan bawang putih.

4. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau.

5. Kecilkan api & masukkan daging. Gaul rata.

6. Masukkan sos lada hitam mengikut citarasa. Lebih banyak lebih sedap.

7. Seterusnya masukkan 2 sudu lada hitam yang telah ditumbuk (lebih pun boleh).

8. Gaul rata bersama bawang yang dimayang sebentar tadi. Kemudian masukkan sedikit garam & gula mengikut citarasa.


Selamat mencuba...!!!

bubur pulut hitam

Bahan:
300g pulut hitam
1tin santan
1/2 cawan gula pasir
daun pandan (jika ada)
gula melaka

cara penyediaan:
1. Rendam pulut hitam semalaman.
2. Bersihkan pulut hitam dengan menyiram air di dalam bekas berlubang.
3. Masukkan ke dalam periuk. Lebihkan air 2-3inci dari pulut. Biarkan hingga pulut masak.
4. Masukkan gula melaka & gula pasir mengikut citarasa.
5. Masukkan pandan yang telah disimpul.
6. Akhir sekali masukkan santan dan kacau sebati sehingga masak.



Selamat mencuba..!!!